Wednesday, November 9, 2011

Tanpa Tajuk~


Entry kali ini..diwujudkan tanpa tajuk..
kerana aku sendiri tidak pasti apakah tajuk yg patut aku letakkan..
minggu lalu, aku pulang ke kampung..menyambut Hari raya Aidiladha di kampung, batu Gajah perak..
Sepanjang di kampung, opah nampak lebih tenang berbanding sebelum ini..
Opah tidak pernah pon membuka soal yg byase ditanyakan kepada aku..
Kelihatannya seperti mahu memahami kemahuan dan pendirian aku..

Ya Allah Ya Tuhanku..
sesungguhnya hanya Engkau saja yg Tahu betapa aku menyayangi dan menghargai pengorbanan orang tua yang telah membesarkan aku selama ini..
Tidak pernah sikit pon terlintas dan tersimpan dihati ku untuk mengingkari apa saja keputusan mereka..
Aku tahu, betapa mereka mahukan yang terbaik untuk diriku ini..
Ya Allah, ampunkan lah hambaMu ini..
:'(

Sebelum pulang, aku seperti byase memeluk opah..
sayu dihati aku melihat wajahnya yang sayu melihat aku..
Aku berbisik di telinga opah.
"Opah, kakya sayang opah sgt2..kakya nak opah tahu, kakya sayang opah sgt2..:'("
Ntah kenapa di saat itu, sedikit pon aku tidak mempedulikan mak, abah, acu, n anak2 buah aku yg lain melihat aku memeluk erat opah luar byasa dari yang byasa..

"Opah cuma nakkan yg terbaik untuk cucu2 opah, terutamanya yang opah besarkan dari kecil. Kalaw sayangkan opah, janganla tunggu lagi..Opah nak tgk kakya kawen sebelum opah tutup mata.."
:'(

Subhanallah..Maha Suci Allah..
Kau kabulkan doaku..demi opah..
Amin..






1 comment: