Wednesday, January 25, 2012

Muara Beach Resort - Day 1


Jam 8 pagi kami bertolak dari rumah (Putrajaya) ke destinasi yg dituju iaitu Muara Beach Resort, Teluk Balok, Kuantan Pahang..
Seingat aku, kali terakhir aku dan family ke pantai timur adalah 3-4 tahun lepas..
Selain daripada tahun 2010, aku ke Kelantan bersama Hajar untuk majlis perkahwinan kawan baek aku,
 Nur Fathyah dan Mohammad Firdhaus..
Kami pergi, berempat. Abah, Mak, Adik dan aku.
Kakak, Abg iparku dan anak makngah tersayang, Muhammad Adam Rayyan tak dapat ikot sbb tokwan datang ke Putrajaya nak tgk Adam..

Jam 10.30 pagi lebih kurang, kami berhenti sarapan di Genting Sempah.
Hujan renyai2.
Orang, boleh tahan ramai. tp masih dalam keadaan terkawal.

 Rehat & Rawat Genting Sempah~


adik yg dah kekenyangan~

Lepas dah pekena nasi lemak sebungkus, nak2 hujan pulak kat luwa..aku tak seda aku terlelap dalam perjalanan..
Kesian abah drive sorang2..mujur ade mak temankan abah..=p
Seda2 dah nak masuk Kuantan.
"Kakya bangun kakya, tolong abah tgk ni mane Muara Beach resort yg kakya book ni..", kejut abah.
Aku pon terus tersedar dan langsung tak mengantok dah..=p
Abah berhenti di sebuah stesen minyak di kawasan Sg.Ular..dekat2 Cherating..
Aku ingat abah nak isi minyak, rupenye abah dah tak tahan nak buang air.
Sementara tunggu abah, aku pon turun tanye org jual pisang grg kat tepi tu.
"Kak, bg goreng pisang ni 2 ringget."
Sementera akak tu bungkuskan pisang grg aku pon ambil kesempatan tumpang tanye die kat mane Muara Beach Resort tu..

Rupe2nye Muara Beach Resort tu terletak di Teluk Balok.
Aku sebenanye tau lokasi resort tu di Teluk Balok, bukan die cherating..Cuma nak pastikan je nak ke Teluk Balok tu ke arah kanan ke kiri.
Jam 2 petang kami akhirnya berjaya jugak mencari Muara Beach Resort ni setelah beberapa kali pusing n tanye org..resort ni dekat dgn Dhe Ru Beach Resort tp takde pulak signbod.
Lepas check in, kami berehat sampai la pukul 4 ptg.
Kami menginap di Muara Beach satu malam je sbb esoknye nak ke Terengganu pulak!
=]

family sebelah bilik siap buat bbQ lagi.wow!

 pandangan dari pintu bilik


ok sgt2 dengan harga rm110 satu malam~

Malam tu, kawan abah kol nak belanje makan di tanjung Lumpur.
Kawan abah a.k.a bos abah ni kampungnye di Sg.Ular dekat2 cherating.
Kebetulan waktu die dan suami balek kampung dan die tau kami sefamily datang, sbb tu die nak belanja makan.
Kate org, Tanjung Lumpur tu tempat makan yg paling best kat area kuantan.
Sampai je kat sane, mashaAllah ramai nye manusia.
Nak parking pon susah.nak cari tempat pon kena tunggu turn org bangun baru boleh duduk.
Tapi rezeki kami Alhamdulillah sampai je dapat duduk.
Kat sana, boleh la pilih nak lauk ape.dan mintak nak buat masak ape.
Contohnye, kite ambil ikan siakap, lala dan sotong.
requestla ikan tu nak buat masak 3 rasa ke, lala grg pedas ke, sotong celup tepung ke..
Kami makan je. Semua bos abah yg oder.


 nasi je belom sampai ni.=p

 suami kepada bos abah.



Lepas makan kami balek bilik.
Perot dah kenyang, katil dah memanggil.


Esok nak sambung perjalanan ke Kuala Terengganu pulak..=]









                                                                              

No comments:

Post a Comment