"Kakya bangun kakya, kite nak gerak balek Johor ni..atok Konyel dah meninggal..", mak berbisik die telinga aku..aku lihat jam di Blackberry menunjukkan pukul 5.30 pagi..Seawal jam 6.00 pagi sesudah subuh kami bergerak terus ke Pontian setelah mendapat berita dari kampung yg nenek aku sebelah abah telah kembali ke Rahmatullah..Walawpon abah nmpak tenang, tapi aku tahu di sebalik raut wajah abah tersimpan 1000 kekesalan kerana tidak dapat berada disisi ibunya saat ibunya menghembuskan nafas yg terakhir..Namun abah menyatakan rasa hatinya yg lega setelah membayarkan fidyah utk arwah atok yg tidak berupaya utk menunaikan ibadah puasa baru2 ini..
Sepanjang perjalanan, kami semua menemani abah..walawpon dalam keadaan yg sgt sunyi dan sepi..abah diam, dan kami tiada modal utk memulakan bicara..mahu memahami situasi dan keadaan abah, yg juga diam..mulut terkumat kamit sedekahkan alFatihah utk arwah atok sepanjang perjalanan...
Arwah atok setahun lebih tua dari tok, sebelah mak..76 tahun..arwah pernah saket kerana terjatuh di dalam bilik air..dan pulih setelah dirawat beberapa tahun..arwah atok seseorg yg bertubuh besar,dan oleh sbb itu arwah mengalami saket kaki ketika hendak berjalan..tulang kakinya tidak dapat menampung berat tubuhnya..kali terakhir aku berjumpa arwah atok, sebelum puasa..ketika itu kenduri kawen sepupu aku di Johor Bahru..ketika itu arwah atok nmpak sihat..
Jam 7 pagi.
Kami berada di sekitar highway kawasan Tapah..Tiba2 telefon abah berbunyi..abah jawab mcm byase..selepas abah letak telefon, abah bgtau perlahan..
"Jenazah atok akan dibawa balek setelah dimandikan diuruskan di hospital.."
"Diorg tunggu kite tak abah?", tanya aku..
Abah senyap, mak jawab..seeloknya mereka segerakan..tp kalaw adik beradik abahnak tunggu, dapatlah kite tgk..
Abah adalah anak lelaki sulung yg tinggal setelah kematian abg abah 10 tahun yg lalu..dan atas kepada abah ada 2 org kakak..mereka mungkin nak tunggu abah sampai sebelum kebumikan arwah atok..tp aku ade denga abah cakap kat telefon, tak perlu tunggu kami sampai, kerana kasihankan arwah atok..
"Ya dah gerak syg?"
Sepupuku FaliQ sms.
"Dah.pukul 6 tadi.awak kat mane?nanti awak update ape2 kat org eh..", balas aku..
Kata faliQ, die baru pulang dari hospital..semua tunggu atok di rumah, nanti pihak hospital akan hantar jenazah..
Jam Blackberry menunjukkan pukul 9.35 pagi ketika kami tiba di kawasan Senawang..abah memandu dgn kelajuan 120km sejam dengan sesekali menguap..kejap2 aku panggil nama abah supaya abah tak terlelap..Tiba2 aku rasa kereta Citra abah bergerak laju, bila aku lihat di papan bacaan had laju, abah pecut 130km..
"Dah sampai mane?Jenazah Atok dah kat rumah ni..", faliQ sms lagi. Jam menunjukkan pukul 11.06 pagi.Abah dah pecut 130km tetapi aku rasekan perjalanan ini amat jauh dan lame..
"Simpang Renggam" di papan tanda menunjukkan lagi 24km.jauh jugak lagi..FaliQ sms lagi.
"Nanti ya terus ke kubur ye, jenazah atok nak bawak ke sana dah.." faliQ sentiasa update info pada aku.dan dalam masa yg same adik2 abah bertalu2 kol abah utk bgtau perkembangan..
Jam 12 tengahari kami sampai di Tanah Perkuburan Parit Bengkok, Pontian. Dalam perjalanan ke sana, berderu2 kereta dari arah bertentangan.. semuanya kereta yg aku kenal. kereta kak ija, abg wa, cik alim, cik din, cik el dan ramai lagi..semua tu adik2 abah..sampai sane, dah takde siapa di kawasan kubur arwah atok..tiba2 datang sebuah kereta.rupanye cik El datang nak tunjukkan mane kubur arwah atok..Abah baca doa di pusara arwah atok..kami aminkan..
Pergilah seorang insan yg bernama ibu kepada abah aku..aku merasakan betape saratnya rasa kesal kerana tidak dapat menatap wajah atok buat kali yg terakhir..cik imah,adik abah pon begitu..jam 2 baru die sampai Pontian..kesian cik imah, pon tak sempat tgk arwah atok..ramai yg marah sbb tak tunggu anak2 arwah sampai dulu sebelum dikebumikan..tp disebabkan jenazah dah siap awal dari hospital, maka abah pon buat keputusan utk biarkan mereka uruskan jenazah atok dengan segera..
Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah..
Al Fatihah..
No comments:
Post a Comment