Pada awal perancangan, aku, T, dilla n hajar nak jumpe terus di A famosa Waterworld pada hari Rabu, 26hb Oktober 2011 sempena cuti Deepavali. Tp sbb ade promotion yang T jumpe dekat Kluang Mall (agak2 je), bermalam di A Famosa dan masuk waterworld cuma dengan harga RM60.
Akhirnya kami semua bersetuju untuk ambil pakej yang T katekan tu..
Murah kan?RM60 termasuk penginapan satu malam dan juga boleh pilih nak masuk waterworld ke, nak masuk Cowboy Town ke, nak masuk Safari World ke..pilih je..
Aku n Hajar gerak ke A Famosa lebih kurang jam 7.30 mlm hari Selasa.
Aku park kereta kat rumah Hajar di Nilai n naek kereta dia ke A famosa.
T n suaminya, Dhaus, dan juga Dilla dah selamat sampai n check in di hotel ketika kami baru nak mulakan perjalanan..
maklumla hari Selasa tu masih kerja lagi so tak boleh la nak gerak awal.=p
Kami sampai di A Famosa lebih kurang jam 8.30 malam.
Aku terus kol t.
"T, kami dah sampai.Mcm mane nak pegi ke Condo ni?", tanye aku.
T jawab, "Lepas masuk entrance A famosa, ade bulatan kecik. Amik pukul 9.Lepas tu stret je sampai ujung.pastu nmpak Condo D'Savoy. Bgtau pak gad tu Tower 4 Level 10.Nanti dia bagi masuk n akan amik no, plat kereta."
First masuk, aku n hajar dah terlajak.Reverse balek baru la nampak pakgad tu.Kami parking kat basement.Menyeramkan la jugak sbb ade sebuah kereta tinggal, yang tingkap belakangnya terbukak mcm tu je..Hajar kata jgn tegur, tp die sendiri yang tanye aku, samada aku perasan tak kereta tu mcm ade orang.huhu..
Kami pon naek la dgn beg galas masing2 ke Tingkat 10. Cari punya cari bilik 1031, belom tekan loceng dah boleh denga suara T dari luwa.=p
wah, not bad!Condo tu sgt best dan besa..
ade 3 bilik termasuk stor.2 bilik air.dining hall yang luas dan.ruang tamu yang selesa.Ada balkoni, ade 1 dapur kering n satu dapo basah.
T n Dhaus bagi aku, Dilla n Hajar Master Bedroom.hehe..sebab luas siket n ade bilik air kat dalam..T n dhaus bilik sempit pon takpe.=p
Dining hall n bilik tido tak amik sbb dah bersepah.
Lebih kurang jam 9.30 kami gerak ke Ayer Keroh, nak makan malam di D'Nangka (tempat favaurite kami semua mase belajar di UTeM)
Lebih kurang 10.30 malam kami sampai.Perjalanan terasa agak jauh kerana Dhaus ikot jalan dalam n masing2 pon mmg dah lapa sgt. Sampai kat sana, kami pon oder makan sementara tunggu Shahid kawan Hajar sampai..=]
Dia mmg tinggal di Melaka.So alang2 datang, ajak dia skali. lagipon dia tak makan lagi, kata hajar.=p
Betri BB aku flat. Aisey tak sempat nak pesan pada Sang Penunggu yang setia di Putrajaya tu.
Komfem die risaw gile.
Dah makan2, kami gerak ke Bandar Hilir. Ape lagi, bergamba la.=p
10 kali datang sana pon tak penah jemu..kerana di sanala kenangan di mana kami semua berkenalan dan menjadi sahabat..=] dan setiap kali datang pon, ada kenangan yang berbeza2..
Aku n T berhajat nak beli beg. Beg yang nmpak menarik dan santai..
Tiba di sebuah kedai menjual beg di tepi2 jalan tu.
"Bang, beg ni berapa?", tanye aku yang mmg dah berkenan sgt dgn beg yang aku pegang tu.
Jawab tokei tu.
"RM38". Sambil tangannya membuat kerja laen dan matanya siket pon tak tgk aku.
"Kurang siket boleh bang?Saya berkenan la.", pujuk aku.=p
"Tak dapat.RM38 la.", balas dia balek.
"Kurang siket la bang, lagipon ni dah display.", pujuk aku lagi.
"Taknak sudah la.", jawab nya seperti org yang nak melingkupkan perniagaan sendiri.
T terus tarik tangan aku keluar dan bg isyarat takpayah beli kat situ.
Kami pon masuk kereta sambil mengumpat Pakcik yang langsung tidak pandai menjaga hati pelanggan tu.
Aku pon pulang dengan perasaan hampa.
Dhaus pon memandu pulang ke Kondo A famosa. Kami di belakang bersembang2 sehinggalah sampai di Kondo pada jam 2 pagi.
Terus cas BB.Banyaknye msj masuk. Semuanya dari =]..
Maaf kerana membuat kamu risaw..nak pinjam fon Hajar nak bgtau pon, Hajar pon pinjam BB aku td nak kol mak dia.Fon dia rosak.
Maaf ye buat kamu risaw!
Jam 4 pagi baru kami tido.Pillow talk with T, Hajar n Dilla..
Singkap kembali kenangan lalu, ape yang dah berlaku. Manis dan Pahit. Lengkap semua ada.
Aku tak dapat membendung rasa sebak apabila mendengar cerita sedih T semasa dia kehilangan adiknya di pangkuannya sendiri semasa kemalangan 2 minggu selepas Majlis Perkahwinannya..
Mata pedih dek menangis.
Terus terlelap sambil jadikan hajar sebagai bantal peluk.
zzzzzzzzzzzz




No comments:
Post a Comment