Kami bertolak ke Kota Singa dari Putrajaya pada pukul 2.30 petang.. Jumpa family Juara Soto kat RnR pagoh..Benti solat asar n makan2..
Lepas tu kami konvoi same2 ke sane. Kereta Wak Selamat, tokei Juara Soto dipandu oleh anak bongsunya, abg Izar..
Tujuan kami ke sana sebenarnya adalah untuk menghantar kakak sepupu abah yang akan pergi menunaikan haji di Mekah..
Kakak sepupu abah tu ialah kakak kepada pemilik Juara Soto (Wak Paini) yang abah berniaga tiap2 malam tu..
Dia mmg menetap di Singapura. Aku pon tak pernah kenal dgn keluarga2 sebelah abah yang duduk kat sane..Alang2 anta org g mekah boleh la jalan2 sekali..=p
Kami tiba di bandar JB lebih kurang jam 7 malam.
Abg Izar bawak kami ke sebuah rumah rupe2nya suku sakat sebelah wak Paini jugak kat situ, Kami tumpang solat Magreb.
Tuan rumah tu, Pcik Man rupe2nya ade sebuah kedai makan..mcm Wak Paini jugak..
ape lagi, abes semua benda dijamunye..
rojak, Murtabak Singapore, mee bandung, kuewtiaw grg, mee bandung, laicikang aes dan yang paling sedap, otak2 gelang patah.
mmg sedap!kalah otak2 kempas.=p


9.15 malam kami gerak dari rumah pcik man menuju ke Singapore.
Rupenye dekat je imegresen Malaysia nak ke imegresen Singapore. Seberang jambatan tak terasa jauhnya dah sampai singapore.
Sampai je kat kastam Singapore, abah masih ikot di belakang kereta abg Izar.
Tp rasa lame sgt diorg kena tahan kat kaunter tu.
Kami di belakang menunggula dengan sabarnya.
Tiba2.
"Encik boleh ke kaunter sebelah tak?Orang depan ni lambat siket la sbb diorg tersalah isi borang.So, kena isi semula.", seorang pegawai imegresen mengetuk cermin tingkap sebelah abah.
Abah menjawab. "Takpe cik, yang depan ni abang saye. Saya tak tau jalan nak masuk Singapore ni. Borang kami ni betul tak cik?"
"Borang encik ni betul. Mmg boleh guna. Kalaw nak cepat siket encik pergi kaunter sebelah. Nanti encik tunggu kat depan tu siket sampai diorg siap.", jawabnya lagi.
Abah pon reverse la. Tuka kaunter sebelah. Mujur mase tu kereta nak masuk Singapore tak byk. Sebab dah malam agaknye. Pegawai imegresen tu cek muka kitorang sorang2 dalam kete same tak mcm yang kat dalam pasport.
Lepas setel, kami gerak ke depan. Tp abg Izar tak setel lagi isi borang.
Abah pon park kereta kat depan siket sbb nak tunggu abg Izar siap.
Tiba2 ade sorang org imegresen tu datang.
Sebelum org tu cakap, abah dah cakap dulu.
"Maaf cik. Saya tunggu abg saya kat belakang. Saya nak terus tak tau jalan.", kata abah.
"Tak boleh encik. Kat sini tak boleh letak kereta. Kalaw encik letak jugak dengan tayar2 kete ni kami angkat.", jawab encik itu dengan poyonye.
Kurang sopannye encik ni. Org cakap elok2 die nak guna bahasa kasar pulak.
Kitorang pon bla dari situ. Abg Izar tak setel2 lagi. Abah dah risaw, sbb tak tau jalan nak masuk Singapore. Kami pon masuk dari kastam Singapore. Terus masuk jalan besar kat dalam Singapore. Aku nampak ada signbod "Welcome to Singapore".
Abah pon stop tepi jalan besar tu. BB dah tak dapat line. Aku pon pelik jugak kenapa. Sedangkan aku dah roaming. Tapi line die kosong. Fon abah dapat jugak line tapi dah jadi SingTel (Singapore Telekom kot).
Abah Suroh aku kol Wak Paini tanye kenapa lambat sangat tak setel2. Aku pon kol.
"Semekom wak. Tak setel lagi eh?Kitorang tunggu kat tepi jalan ni taw. Depan siket dari kastam.", kata aku.
"Belom lagi. Tengah buat autopass ni. Korang tunggu je situ eh.'", balas Wak Paini.
Aku pon bagitau la mak n abah yang mereka tak setel lagi. Tengah buat autopass. Untuk ape benda tu pon aku tak tau.
"Abah, kita takpayah pon kena beli autopass tu.", tanya mak.
"Yela kan, cube kol Wak Paini semula tanye boleh tak kalaw die belikan untuk kita.Sebab td kita tak tau pon kena beli autopass tu.", jawab abah.
Menurut Wak Paini, autopass tu wajib untuk setiap kenderaan yang masuk ke negara Singapore.
Kalaw takde autopass tu mmg tak boleh nak masuk parking kat kawasan kondo atawpon shoping mall, dan autopass tu tidak boleh dibeli oleh org laen. Sebab diorg nak tgk no.plat kereta yang masuk Singapore. Kalaw tahun2 depan nak datang Singapore lagi tapi bawak kereta laen pon, mmg takleh pakai dah autopass tu dah.
Tapi yang peliknya, pegawai imegresen tu takde pulak nak bgtau yang kitorang kena beli autopass tu. Sepatutnya diorang kena la bgtau bila tgk org luwa yang masuk Singapore.
Abah dah bebel2.
"Ni yg abah tak suke mcm ni ni. Kalaw naek bas senang je takpayah nak kena autopass la ape la."
"Kita ni nak pegi anta org g Mekah bah, janganla nak bising2 mulut tu.", pesan mak.
Selepas lebih kurang 20 minit, kereta abg Izar melepasi kereta abah dengan isyarat lampu.
Aku dah tersengguk2. Mungkin tak berapa nak excited sgt masuk oversea.
Kalaw tak, mesti tak tertido punya.
Aku sedar2 je dah sampai kat "Haig Road". Kondo kakak sepupu abah yang nak ke Mekah tu.
Kereta abg Izar dah masuk. Tapi kereta abah maseh di luar sbb takde autopass. Tak boleh masuk.
Kami turun. Bawak barang2 naek ke rumah tingkat 11.
Abah patah balek ke Kastam Singapore sbb nak beli autopass tu.
Pakcik Emi, adik sepupu abah temankan. Kesian abah. Dahla penat kena patah balek pulak.
Kami bermalam di rumah Kakak sepupu abah tu.


No comments:
Post a Comment